PERBARISAN KOMANDER PANGKALAN UDARA SUBANG

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

SUBANG, 7 Ogos 2025 – Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Perbarisan Komander Pangkalan bertempat di Padang Kawad Pangkalan, pagi ini.

Perbarisan terdiri daripada lima (5) Pegawai dan 253 Anggota LLP yang diketuai oleh Mej Muhammad Zulhilmi bin Nordin TUDM dari No 20 Skuadron; Ajutan Perbarisan, Kapt Amir Akmal bin Azman TUDM dari No 8 Skuadron manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Muhamad Shariff bin Mohd Daud dari No 16 Skuadron.

Upacara perbarisan dimulakan dengan tabik hormat kepada Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Komander Pangkalan. Dalam perbarisan tersebut, Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM diiringi oleh Wakil Pegawai Eksekutif Pangkalan, Lt Kol Chairil Ashraff bin Arshad TUDM telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada dua (2) pegawai yang telah dinaikkan pangkat dari Kapt TUDM ke Mej TUDM. Upacara diserikan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan Komander Pangkalan kepada pegawai dan anggota pangkalan yang mencapai kecemerlangan di dalam kursus dan sukan.

Dalam ucapan Komander Pangkalan, beliau mengingatkan agar setiap anggota menjaga tingkah laku dan disiplin sebagai seorang anggota tentera yang terlatih serta menjauhkan diri dari penyalahgunaan najis dadah, tidak hadir tanpa cuti (THTC), judi online dan buli. Beliau juga menitik beratkan dan mengingatkan semua berkenaan nilai teras TUDM perlu sentiasa diutamakan dalam melaksanakan tugasan seharian. Dalam ucapan beliau turut menyebut mengenai 6 Tonggak PTU dan pemakluman mengenai sambutan Hari Ulang Tahun Pangkalan Udara Subang ke-40. Harapan beliau agar setiap warga pangkalan dapat meneruskan budaya kecemerlangan sepanjang tahun 2025 dan terus kekal sebagai sebuah pangkalan yang cemerlang dalam mendukung aspirasi TUDM.

Komander Pangkalan diiringi eksekutif-eksekutif pangkalan turut menyempurnakan gimik perasmian sambutan Hari Ulang Tahun ke-40 Pangkalan Udara Subang.

Perbarisan diakhiri dengan laungan Ikrar Kesatria dan bacaan doa. Turut hadir dalam perbarisan ini, Pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua-ketua Cawangan, Pegawai dan Anggota serta kakitangan awam.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN