BANDAR SRI SENDAYAN, 16 Dis 21 – Perbarisan Komander Pangkalan telah dilaksanakan di Padang Kawad Markas Pangkalan yang dihadiri oleh semua Key Personnel Pangkalan, pegawai-pegawai, anggota LLP serta kakitangan awam yang berkhidmat di Pangkalan Udara Sendayan.
Perbarisan yang diketuai oleh Mej Mohammad Ruzaini Mohammad Rusdi TUDM dari Cawangan Kejuruteraan, Ajutan Perbarisan Kapt Azmi bin Mohd Din TUDM dan Pegawai Waren Perbarisan PW U I Ismail bin Zulkifli telah dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Dalam perbarisan ini turut dilaksanakan majlis permakaian pangkat Kapten TUDM oleh Komander Pangkalan, Kol Haji Ahmad bin Yusof TUDM kepada seorang Pegawai dari unit INSKEP iaitu Kapt Muhammad Syazwan bin Ahmad TUDM.
Disamping itu turut diserikan dengan majlis penyampaian sijil perhargaan kepada wakil-wakil pangkalan, Cawangan dan wakil RKAT di atas kejayaan atas dasar memberi komitmen dan kesungguhan dalam aktiviti pangkalan.
Penerima-penerima sijil perhargaan adalah seperti berikut:
1. Lt Kol Nasiruddin bin Khalid TUDM – Wakil Pusat Islam
2. Mej Mohd Abdullah bin Mohd Zainudin TUDM – Wakil Wisma Perwira
3. Mej Muhammad Aizat bin Hj Ahmad TUDM – Wakil MAFEC
4. Mej Abdul Majid bin Kassim TUDM – Bukit Ababil
5. Mej Rosmazia binti Hj Mustapa – Wakil Bakat PU Sen
6. Kapt Abdul Halim bin Athan PSSTUDM – Wakil MPSTU
7. Kapt Muhammad iylas bin Abdul Razak – Wakil Fleet Kenderaan
8. Fsjn Mohd Lizzy bin Rosli – Wakil Blok F2
Komander Pangkalan juga turut mengingatkan kepada semua pegawai dan anggota memainkan peranan masing-masing di dalam membanteras aktiviti judi online dan penyalahgunaan dadah. Seterusnya beliau turut memaklumkan, pengunaan media sosial agar haruslah lebih peka dan berhati-hati bagi menglibatkan gambar atau maklumat supaya tidak menjejaskan imej TUDM dan ATM khasnya.