SENDAYAN, 12 Jan 23 – Pangkalan Udara Sendayan telah melaksanakan Perbarisan Komander Pangkalan bertempat di Padang Kawad Markas Pangkalan. Perbarisan yang terdiri daripada enam (6) pegawai dan 180 anggota LLP ini telah diketuai Mej Zulhelmealif bin Salleh TUDM dan turut diiringi oleh Pancaragam Pusat TUDM.
Semasa perbarisan berlangsung, Komander Pangkalan, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM turut menyempurnakan permakaian pangkat kepada seorang pegawai dan 36 anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat. Selain itu, beliau turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Perhargaan kepada atlet-atlet sukan pangkalan yang telah mengharumkan nama Pangkalan, TUDM dan Negara dalam jenis sukan yang diwakili masing-masing.
Dalam ucapan Komander Pangkalan, beliau mengucapkan tahniah kepada pegawai dan anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat dan pernerima sijil perhargaan. Diharapkan ianya akan menjadi pemangkin semangat kepada semua warga pangkalan untuk terus memberi sumbangan pada masa akan datang.
Komander Pangkalan turut mengingatkan kembali kepada semua warga pangkalan berkenaan Direktif Panglima Tentera Udara ke-5 iaitu Kesalahan dalam Penyalahgunaan Dadah. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar semua warga pangkalan dapat mecegah kesalahan salah laku secara bersama-bersama. Beliau menegaskan supaya warga Pangkalan Udara Sendayan hendaklah menjauhi sebarang aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan boleh membawa diri ke kancah yang tidak sihat.
Diakhir ucapan beliau, Komander Pangkalan menggalakkan semua warga pangkalan untuk berusaha mencapai kualiti hidup yang sempurna. Warga pangkalan juga dinasihati untuk memastikan konsep Work Life Balance dapat dicapai dalam kehidupan seharian bagi membantu kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat pada tahap fizikal, psikologi dan sosial.