PERBARISAN KOMANDAN INSPRA

DSC 0090 DSC 0114 DSC 0140
DSC 0149 DSC 0154 DSC 0161

 

KUANTAN, 29 Mac 22 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan Perbarisan Komandan INSPRA buat julung kalinya bagi tahun 2022 di Padang Kawad INSPRA. Perbarisan ini terdiri daripada lima Flait yang melibatkan keanggotaan seramai tujuh (7) pegawai dan 181 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), gabungan daripada staf dan pelatih kursus INSPRA serta turut dihadiri oleh staf awam. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Mohd Sani bin Zakariya TUDM sebagai Ketua Perbarisan.

Perbarisan Komandan INSPRA pada kali ini juga disusuli dengan majlis pemakaian pangkat anggota LLP iaitu Kpl U Mohd Khir bin Atan dari tred Pengurusan Pengangkutan Kenderaan (PPK), telah dinaikan pangkat ke Pangkuan Sarjan Udara mulai 21 Mac 22.

Komandan INSPRA juga telah menyampaikan amanat Panglima Tentera Udara di dalam ucapan beliau, dengan memperkenalkan 6 tonggak utama dan 4 faktor utama kepada semua warga INSPRA. Beliau turut menghuraikan secara ringkas setiap tonggak utama dan faktor utama demi merealisasikan amanat tersebut seterusnya mencapai kejayaan di dalam TUDM khasnya dan ATM amnya. Perbarisan ini juga diadakan sebagai salah satu saluran untuk menyampaikan maklumat, mengekalkan budaya ketenteraan (Military Culture) dan menerapkan budaya regimental.

Perbarisan ini telah dilaksanakan dengan mengikut sepenuhnya Standard Operating Procedure (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).