KUANTAN, 12 Apr 2021 – Perbarisan Komandan INSPRA bagi kali pertama tahun 2021 serta Majlis Pemakaian Pangkat Staf dan pelatih kursus INSPRA yang disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Wan Mohammad Azhar bin Wan Mamat TUDM.
Dalam ucapan, beliau menekankan beberapa aspek antaranya pematuhan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di kalangan anggota dan pelatih kursus. Selain itu, beliau turut menekankan supaya semua anggota mengekalkan tahap disiplin dan tatatertib yang tinggi sebagai anggota tentera. Di kesempatan ini juga, beliau mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berpuasa pada semua warga INSPRA tidak terkecuali pelatih kursus.