Pada 4 Apr 23 lalu, Markas Rejimen TUDM telah melaksanakan Acara Perbarisan serta Majlis Berbuka Puasa bersempena meraikan Hari Ulang Tahun (HUT) PASKAU ke-21 Tahun dan HANDAU ke-43 Tahun pada 1 Apri 23 bertempat di Padang Kawad PU Jugra.
Acara Perbarisan HUT telah disempurnakan oleh Panglima Rejimen TUDM, Brig Jen Meor Ahmad Kamal bin Hj Meor Termizi TUDM. Perbarisan telah diketuai oleh Mej Hasnizam bin Harun TUDM bersama 6 pegawai serta 73 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari PASKAU dan HANDAU. Turut mengiringi perbarisan HUT tersebut adalah Gabungan Pancaragam Pusat TUDM dari Kolej Tentera Udara (KTU), Alor Setar.
Pada sebelah petang, acara sambutan diteruskan dengan Bacaan Tahlil, Berbuka Puasa dan Solat Maghrib di Surau Nurul Huda, PU Jugra. Kemudiaanya, acara diteruskan dengan Majlis Makan Malam HUT PASKAU dan HANDAU yang diadakan di Wisma Ahli Udara. Sambutan HUT ini telah diakhiri dengan acara memotong kek oleh Panglima Rejimen serta barisan Pegawai Kanan TUDM dari PASKAU dan HANDAU.
Turut hadir memeriahkan acara sambutan pada kali ini adalah mantan-mantan Pegawai Memerintah PU Jugra iaitu Brig Jen Dato' Dr Ismail bin Manuri TUDM (Bersara), Brig Jen Dato' Hj. Mohamed Nazri Bin Dashah TUDM (Bersara), Brig Jen Dato' Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM (Bersara) dan bekas-bekas pegawai serta anggota PASKAU dan HANDAU yang telah bersara dari perkhidmatan.