PERBARISAN BULANAN KOMANDAN INSTITUT LATIHAN PENGURUSAN RUANG ANGKASA

WhatsApp Image 2025 03 11 at 09.48.03 WhatsApp Image 2025 03 11 at 09.48.03 1 WhatsApp Image 2025 03 11 at 09.48.02
WhatsApp Image 2025 03 11 at 09.48.02 3 WhatsApp Image 2025 03 11 at 09.48.02 2 WhatsApp Image 2025 03 11 at 09.48.02 1

 

KUANTAN, 6 Mac 25 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan Perbarisan Bulanan Komandan INSPRA bertempat di Padang Kawad, hari ini. Perbarisan bulanan ini merupakan satu acara perjumpaan secara tradisi rejimental untuk menzahirkan aspirasi dan memaklumkan perkara penting yang terkini secara terus kepada para pegawai dan anggota.

Perbarisan terdiri daripada 39 Pegawai dan 180 anggota LLP diketuai oleh Mej Dinesh a/l Nicolas Rene TUDM manakala Ajutan Perbarisan, Kapt Muhammad Zulhafizi bin Wahab TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Arvindran a/l William.

Upacara perbarisan dimulakan dengan Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM menerima tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan barisan. Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemakaian pangkat kepada lima(5) anggota LLP INSPRA dan diteruskan dengan bacaan ikrar bebas rasuah yang dipimpin oleh Pegawai Intergriti INSPRA.

Dalam ucapan Komandan, beliau mengingatkan kepada semua peringkat pegawai dan anggota tentang sikap kepimpinan. Ujarnya, sikap positif dan komitmen untuk memimpin melalui tauladan adalah penting serta kejayaan yang diperoleh bergantung pada usaha kita semua. Selain itu, beliau juga turut berpesan agar sentiasa menunjukkan mutu disiplin yang tinggi sepanjang perkhidmatan. Mengakhiri ucapan, beliau memperingati kepada semua untuk bersama-sama memastikan TUDM tetap berada di barisan hadapan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer