![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 7 Januari 26- Perbarisan Bulanan Ketua Cawangan Tadbir Pangkalan Udara Butterworth telah diadakan pada 7 Januari 2026 bertempat di Perkarangan Hadapan Pejabat Agama, PU Butterworth.
Perbarisan ini diketuai oleh LT Mohammad Riduan bin Rahman TUDM yang terdiri daripada 1 kali Pegawai, 78 kali anggota LLP dan kakitangan awam dibawah Cawangan Tadbir.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Perbarisan turut diserikan dengan upacara pemakaian pangkat bagi anggota LLP Cawangan Tadbir yang telah disempurnakan oleh Lt Kol Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM, Ketua Cawangan Tadbir. Pemakaian pangkat ini adalah platform sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan peningkatan kerjaya anggota yang terlibat.
Antara intipati ucapan oleh Ketua Cawangan Tadbir adalah beliau mengucapakan syabas dah tahniah kepada semua peringkat pegawai dan anggota diatas kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2025. Ketua Cawangan Tadbir mengingatkan bahawa nilai tanggungjawab dalam semua peringkat anggota merupakan amanah yang perlu dilaksanakan dengan ikhlas dan kesungguhan.
Mengakhiri ucapan, beliau menyeru agar semua warga Cawangan Tadbir agar terus berdisiplin, bersatu hati dan melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta semangat juang yang tinggi. "Together We Can".

















