KUCHING, 23 Ogos 22 - Perbarisan Ajutan Pangkalan Udara Kuching telah diadakan bertempat di Perkarangan Markas Pangkalan. Perbarisan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa diikuti dengan pemeriksaan perbarisan oleh Kapt Ahmad Nailul Kamili bin Mat Nadzir TUDM, Ajutan Pangkalan Udara Kuching.
Perbarisan pada pagi ini terdiri daripada empat (4) pegawai dan 109 orang anggota LLP yang diketuai oleh Kapt Muhammad Amirul Faiz bin Mohd Sufi TUDM, dari No 1 Skuadron sebagai Ketua Perbarisan.
Dalam ucapan Ajutan Pangkalan, beliau berharap agar perbarisan ini dapat mewujudkan semangat rejimental sebagai seorang warga tentera. Beliau juga mengingatkan kepada semua warga pangkalan agar peka dengan masalah dan luahan anggota bawahan serta rakan sekerja dengan harapan supaya kadar masalah tatatertib di kalangan anggota dapat dikurangkan. Ajutan setiap skuadron/ cawangan diseru supaya mendapatkan khidmat nasihat perundangan dari Pejabat Tatatertib Pangkalan sekiranya perlu bagi mengelakkan kesilapan di dalam menjatuhkan hukuman.
Pada akhir ucapan, beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih bagi pihak Komander Pangkalan di atas sokongan dan bantuan dari setiap skuadron dan cawangan di dalam membantu menjayakan Majlis Ramah Mesra Program Bina BAKAT yang telah dilaksanakan pada 6 Ogos 2022.