PERASMIAN PEMBUKAAN EKSESAIS KELAWAR SIRI 13/22 BERTEMAKAN "TOGETHER AND COMPETENCE"

292225618 413009637537176 5514579485014041021 n 292981382 413009724203834 8977632294073779585 n 293308898 413009504203856 4416484126231106769 n
293718941 413009674203839 8236800875981259198 n 293938811 413009544203852 149553452718103011 n 293938851 413009770870496 2619413635222731900 n

 

TAWAU, 14 Jul 22 - Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2, Brig Jen Hj Mohd Romi bin Hussein TUDM telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Eksesais Kelawar Siri 13/22. Eks Kelawar Siri 13/22 akan diadakan di Daerah Tawau, yang beroperasi di Pusat Bantuan Operasi TUDM (PBOU) dan merupakan salah satu eksesais yang dilaksanakan oleh fleet helikopter TUDM.

Objektif pelaksanaan eksesais yang bertemakan "Together and Competence" adalah untuk mengukuhkan kecekapan dan kesiagaan anak kapal dari segi keupayaan, taktik dan prosedur di dalam melaksanakan operasi terutamanya pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Sabah dan di dalam kawasan operasi. Secara amnya, pelaksanaan eksesais ini adalah secara “Field Training Exercise” (FTX) melibatkan aset TUDM iaitu pesawat EC 725 AP.

Pelaksanaan eksesais kali ini berlandaskan “joint environment/ operation” yang turut melibatkan pasukan operasi dari ketiga-tiga perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Eksesais ini akan dapat memperkasakan “jointness” dan meningkatkan “interoperability” serta kerjasama di antara ketiga-tiga perkhidmatan.

293657497 413009847537155 2754956766958326616 n 293444482 413009934203813 6002265742074118724 n 293079734 413009887537151 993855451069347223 n
292363495 413010040870469 4374013982720685707 n 293088187 413009967537143 1968769845008720258 n 293128103 413010007537139 4139888906894197800 n

 

Antara latihan penerbangan yang dirancang dalam eksesais kali ini adalah Tactical Navigation, HIE (Helicopter Insertion & Extraction), ISR Mission, SAR Mission, MCTM (Maritime Counter Terrorism Mission) dan “Aerial Sniping”.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga telah mengeluarkan kenyataan media menjelaskan pelaksanaan latihan operasi dan kesiagaan di kawasan sekitar Tawau, Semporna dan Lahad Datu mulai 12 hingga 21 Jul 2022. Di sepanjang latihan dilaksanakan, pesawat-pesawat TUDM akan mengadakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan yang telah dinyatakan. Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah dalam tempoh latihan dijalankan.