LABUAN, 27 MEI 22 - Markas Tentera Udara Bahagian Tadbir-Cawangan Perundangan telah menganjurkan Bengkel Perundangan Operasi Siri 1/22 pada 24 Mei hingga 26 Mei 22 di Dewan Banquet Wisma Perwira, Pangkalan Udara Labuan.
Perasmian pembukaan bengkel ini telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 2. Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM. Sebagai tanda penghargaan, Pengarah Perundangan, Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM telah menyampaikan cenderahati kepada Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM.
Bengkel ini julung kali diadakan dan intipati serta objektif bengkel adalah memberikan pengetahuan perundangan operasi dan International Humanitarian Law bagi persiapan operasi serta eksesais dalam TUDM selain didedahkan isu-isu peperangan, ruang angkasa, udara dan zon maritim Malaysia.