![]() |
![]() |
KUANTAN, 28 Januari 2025 - Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad bin Ahmad Osman TUDM telah membuat lawatan sekaligus menyempurnakan penyerahan cek sumbangan dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) kepada PW U II Herman Zulkarnain bin Nazir.
Isteri kepada PW U II Herman Zulkarnain telah menghidapi penyakit kronik iaitu lumpuh akibat darah tinggi sejak 14 Sep 2024. Semoga dengan sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban beliau dan keluarga.