PENYERAHAN BUNGKUSAN BEG HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2022 KEPADA PETUGAS KOLEJ TENTERA UDARA

DSC 0016 resize DSC 0018 resize DSC 0040 resize
DSC 0063 resize DSC 0069 resize DSC 0085 resize

 

ALOR SETAR, 27 Apr 22 - Seramai 27 orang anggota LLP termasuk tiga (3) pegawai Kolej Tentera Udara yang akan bertugas pada Hari Raya Pertama 2022 telah diraikan dalam satu majlis penyampaian bungkusan beg Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di hadapan Markas Kolej Tentera Udara.

Majlis penyampaian bungkusan beg Hari Raya ini diadakan sebagai simbolik bagi mewakili kesemua penerima, telah disempurnakan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM diiringi Pegawai Eksekutif KTU, Kol Rizam bin Ibrahim TUDM.

Turut sama hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai Memerintah, Ketua-ketua Cawangan KTU dan unit lodger. Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan pucuk pimpinan ATM amnya dan TUDM khususnya terhadap pengorbanan pegawai dan anggota yang menjalankan tugas ketika Hari Raya Aidilfiri.