PENYERAHAN BEG RAYA OLEH PANGLIMA WILAYAH UDARA 1 KEPADA PETUGAS HARI RAYA PANGKALAN UDARA SUBANG

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SUBANG, 10 Apr 24 - Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM telah bersama warga Pangkalan Udara Subang dalam menyempurnakan aktiviti 1 Shawal 1445H. Majlis ini turut diiringi Ketua Staf MPOU, Mej Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM dan Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM.

Aktiviti bersempena 1 Syawal 1445H ini dimulai dengan takbir dan Solat Sunat Aidilfitri, serta penyerahan duit raya kepada anak-anak kariah Masjid Al-Muhajirin Pangkalan Udara Subang.

Majlis diakhiri dengan meraikan petugas 1 Shawal serta penyerahan Beg Hari Raya Aidilfitri kepada petugas-petugas. Panglima Wilayah Udara 1 juga mengambil kesempatan beramah mesra dan menyampaikan nasihat kepada seluruh warga Pangkalan yang bertugas dan turut serta menjamah juadah Aidilfitri di Wisma Perwira Pangkalan Udara Subang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer