ALOR SETAR, 28 Jan 21 - Penyampaian Cek Sumbangan Khas Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) TUDM Tahun 2020 kepada Pegawai dan anggota LLP telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Kolej Tentera Udara.
Pegawai yang menerima sumbangan khas tersebut adalah Mej Yuhaizam bin Yahaya TUDM manakala penerima bagi anggota LLP adalah Kpl U Khairil Amri bin Zainon dan LUK Muhamad Fitri bin Mat Isa.
Penyampaian cek sumbangan telah disempurnakan oleh Kol Rizam bin Ibrahim TUDM, Pegawai Eksekutif Kolej Tentera Udara dan diiringi oleh Lt Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM, Ketua Cawangan Tadbir KTU.
Adalah diharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban anggota dalam menghadapi cabaran kehidupan.