KUCHING, 2 Mei 22 - Seramai 360 pegawai dan anggota LLP Pangkalan Udara Kuching yang bertugas pada Hari Raya Pertama 2022 telah menerima penyampaian bungkusan beg Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di semua skuadron dan cawangan Pangkalan Udara Kuching diberi kepada kesemua penerima yang bertugas. Penyampaian bungkusan beg Hari Raya ini telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM diiringi semua pegawai memerintah dan ketua cawangan pangkalan.
Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan pucuk pimpinan ATM amnya dan TUDM khususnya terhadap pengorbanan pegawai dan anggota yang menjalankan tugas ketika Hari Raya Aidilfiri.