PENUTUP KURSUS INSPRA

1 2

KUANTAN, 1 Julai 2021 – Komandan INSPRA, Kol Wan Mohammad Azhar bin Wan Mamat TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Advanced Air Traffic Control Assistant (AATCA) Serial 50/21. Majlis tersebut diiringi Pegawai Laksana INSPRA, Lt Kol Rozi binti Ismail TUDM dan Ketua Sekolah Kawalan Trafik Udara Lt Kol Mohd Amiruddin bin Ahmad Zaini TUDM di Sekolah Kawalan Trafik Udara, INSPRA. Kursus ini bermula 1 Mac hingga 2 Jul 21.

Objektif kursus adalah untuk melatih anggota ketukangan Pembantu Kawalan Trafik Udara dalam melaksanakan tugas sebagai Junior Operations Supervisor (JOS) di Bilik Operasi. Kursus ini telah dihadiri oleh 22 anggota yang berpangkat Laskar Udara Kanan. Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh 733476 LUK Muhammad Khairul Ikhwan bin Khairuddin dari No 5 Skn, PU Labuan.