SENDAYAN, 17 Jun 21 - ATM telah diarahkan untuk membantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal pergerakan orang awam dengan penubuhan Sekatan Jalan Raya (SJR) di sekitar Seremban melibatkan PDRM dari IPD Seremban 2, RELA dan ATM.
Skuadron 221 HANDAU Pangkalan Udara Sendayan turut terlibat secara aktif sebagai petugas barisan hadapan dalam Op Penawar di kawasan Seremban 2dibawah naungan 1 Briged dan 24 RAMD sebagai District Military Comander (DMC).
Penglibatan TUDM khasnya Skn 221 HANDAU dalam Op Penawar Seremban 2 telah berjaya mengekang penularan pandemic Covid-19 di Negeri Sembilan. Kerjasama erat pelbagai agensi terlibat dalam menangani wabak ini amat berkesan dalam membantu kerajaan negeri dan negara secara keseluruhannya.