INSMAT, 28 April 21 - Lawatan Pemeriksaan Pakar Sajian telah dilaksanakan di Komplek Sajian DESATERA, Wisma Bintara dan Wisma Perwira. Pemeriksaan ini telah diketuai oleh PS 2 Hospitaliti, Pengurusan Cawangan Perkhidmatan, Mej Lailatun Mazni binti Zakaria TUDM serta Tim Pemeriksaan dari Sel Hospitaliti MTU-Perkhidmatan.
Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memantau tatacara penyediaan sajian kepada anggota, peserta kursus dan juga bagi memastikan Pengurusan Penswastaan Perkhidmatan Katering (PPK) ATM di INSMAT TUDM Kinrara dilaksanakan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan fasiliti yang disediakan di kompleks sajian dan wisma-wisma berada dalam keadaan yang terbaik supaya dapat memberikan perkhidmatan yang optimum kepada semua anggota serta peserta kursus di institut.