PEMERIKSAAN MARKAS WILAYAH UDARA 2 (MAWILUD 2) KE ATAS PANGKALAN UDARA LABUAN BAGI TAHUN 2024

DSC 0330 DSC 0349 DSC 0415
DSC 0078 DSC 0124 DSC 0139
DSC 0186 DSC 0204 DSC 0166

 

LABUAN, 22 Mac 24 – Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2), Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM telah mewakili Panglima Wilyah Udara 2 telah membuat Lawatan Kerja Rasmi ke Pangkalan Udara Labuan bersempena dengan Pemeriksaan MAWILUD 2 ke atas Pangkalan Udara Labuan bagi tahun 2024.

Lawatan Rasmi dan Pemeriksaan MAWILUD 2 ini dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan pemeriksaan ke atas PU Labuan yang telah diberikan kepada ketua Tim Pemeriksaan Awal iaitu Pengarah Bantuan MAWILUD 2, Kol Anuar bin Md Sah TUDM. Seterusnya, beliau dibawa melawat untuk pemerhatian dan pemeriksaan ke Skuadron serta Unit-unit di bawah naungan PU Labuan serta Blok Penginapan bagi anggota bujang Wisma Ahli Udara.

Seterusnyanya, ketibaan Ketua Staf PANGWILUD 2 telah disambut oleh Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM bersama-sama dengan Pegawai Eksekutif Pangkalan yang lain. KS MAWILUD 2 telah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kuarter sebaik memasuki pangkalan. Ketua Staf MAWILUD 2 telah diberi taklimat dan pembentangan laporan hasil pemeriksaan di skuadron dan cawangan serta unit-unit di PU Labuan bagi tahun 2024 di bilik mesyuarat pangkalan.

Sesi lawatan rasmi dan pemeriksaan pada tahun 2024 ini tamat pada 22 Mac 24 selepas sesi taklimat dan pembentangan laporan hasil pemeriksaan yang dipengerusikan oleh Ketua Staf MAWILUD.