PEMERIKSAAN AUDIT TAHUNAN IJTU KE AKADEMI TENTERA UDARA

IMG 20220826 120312 246 IMG 20220826 120318 157 IMG 20220826 120238 585
IMG 20220826 120244 955 IMG 20220826 120348 948 IMG 20220826 120333 857

 

IPOH, 25 Ogos 22 - Bahagian Inspektorat TUDM telah mengadakan audit tahunan ke atas Akademi Tentera Udara (ATU) bermula 22 hingga 25 Ogos 22. Pemeriksaan tersebut telah diketuai oleh Inspektor Jeneral Tentera Udara (IJTU) Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.

Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk menilai dan memastikan aspek-aspek keselamatan (safety), kesiapsiagaan (readiness), dan pengurusan (management) setiap unit dalam ATU sentiasa berada pada tahap tertinggi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM agar segala kelemahan yang dikenal pasti dapat segera diperbetulkan.

Audit IJTU telah diakhiri dengan Taklimat Pasca Audit pada 25 Ogos 22 di Bilik Mesyuarat Akademi yang telah disampaikan oleh Tim Inspektorat TUDM kepada pihak ATU berkenaan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan yang boleh diaplikasikan pada masa hadapan. Komandan ATU, Kol Junairi bin Baharom TUDM menyampaikan ucapan balas dengan mengucapkan terima kasih atas segala pandangan dan pemerhatian sepanjang audit dijalankan. Semoga pencapaian pada tahun ini dapat menjadi contoh terbaik kepada unit lain dan segala teguran dijadikan pembakar semangat untuk mencapai peratus keputusan yang lebih cemerlang pada tahun hadapan. Syabas diucapkan kepada seluruh warga ATU.