PEMBUKAAN EKSESAIS AIR THAMAL SIRI 30/22

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 28 Jun 2022 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan eksesais bilateral bersama Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) yang dikenali sebagai Eksesais Air THAMAL Siri 30/22 (AT 30/22). Eksesais yang bermula secara rasminya pada hari ini dengan Perasmian Pembukaan Eksesais Air THAMAL telah disempurnakan oleh Pengarah Eksesais Bersama (CO-EXDIR) kedua-dua negara, iaitu, Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM dan Group Captain Watcharapol Nualpenyai RTAF.

7 8 9

 

Konsep eksesais pada kali ini adalah Command Post Exercise (CPX) yang bermula pada 28 Jun dan dijangka tamat pada minggu pertama Julai 2022 bertempat di Air Warfare Centre, Pangkalan Udara Subang. Ekoran daripada Pandemik COVID – 19 berikutan larangan merentas negara, eksesais ini telah tertangguh selama dua tahun. Namun, dengan perancangan yang teratur dan teliti mengambil kira faktor dalaman dan luaran, eksesais ini berjaya dilaksanakan pada tahun ini. Eksesais Air THAMAL antara lain objektifnya adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara TUDM dan RTAF dalam mencapai kerjasama ketenteraan dan perkongsian ilmu untuk memperkasakan hubungan bilateral Malaysia dan Thailand.