SENDAYAN, 11 Nov 21 - Pengarah Perundangan, Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM telah menyempurnakan pemakaian lencana jurulatih TUDM kepada Lt Kol Ahmad Azam bin Soip TUDM bertempat di Kompleks Mahkamah TUDM, Pangkalan Udara Sendayan.
Pegawai Kanan ini telah memenuhi kelayakan kompentesi kejurulatihan menerusi kursus-kursus terdahulu sejak 2003 yang diperlukan bagi memenuhi krateria melayakkan Lencana Jurulatih dianugerahkan selepas pertimbangan kelulusan dibuat oleh Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara melalui pengesyoran sokongan Master Tred Tadbir iaitu AKS Tadbir.
Ucapan tahniah dan syabas kepada Lt Kol Ahmad Azam bin Soip TUDM di atas pemakaian lencana jurulatih TUDM. Semoga pengiktirafan yang diberikan dapat menaikkan lagi semangat sebagai seorang jurulatih dan pendidik dalam proses menyampaikan ilmu dan pengalaman kepada generasi TUDM seterusnya.