ALOR SETAR, 11 Jun 21 – Program Imunisasi COVID -19 bagi fasa 1C yang menyasarkan kepada semua barisan hadapan telah dijalankan di Kolej Tentera Udara bertempat di Dewan Aero bermula dari 9 Jun 21 hingga 11 Jun 21 dengan kerjasama 817 RSAT dan 622 PGAT Kolej tentera Udara.
Jumlah penerima vaksin bagi suntikan fasa 1C ini adalah seramai 408 orang yang terdiri daripada 14 orang Pegawai dan 304 orang anggota LLP serta 90 orang anggota awam KEMENTAH.
Sebelum program suntikan bermula, Pegawai dan anggota LLP yang terlibat perlu melalui 5 proses iaitu saringan gejala serta pemeriksaan suhu badan, pendaftaran dengan mengisi borang persetujuan, taklimat ringkas dan suntikan vaksin, seterusnya pegawai dan anggota yang telah divaksin perlu merekodkan data dalam apps MySejahtera dan KKD Portal.
Adalah diharapkan dengan usaha dan ikhtiar yang dilaksanakan memberi nafas baru untuk memerangi sepenuhnya wabak COVID-19 di dalam negara.