PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN BERSASAR (PKPDB) DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

2BC05119 27A2 46E5 B355 BBE3F7B2C045 7E320120 93CF 4B25 AEDF 9EB4FB00D12F 42DBD7B1 A8F6 4A42 B73D 9B102622E771

 

LABUAN, 15 Jun 2021 – Pangkalan Udara Labuan telah terlibat secara langsung dalam persiapan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di beberapa lokaliti Labuan. PKPDB yg dilaksanakan mulai 15 Jun hingga 28 Jun 2021 itu menyasarkan lapan lokaliti yang mencatatkan kadar jangkitan COVID-19 tertinggi dan membimbangkan.

Justeru itu, PU Labuan telah terlibat secara langsung bersama IPD Labuan, Perbadanan Labuan dan beberapa agensi lain untuk bersama-sama mendirikan tambahan sembilan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan 37 ‘full barricade’ di kawasan yang telah dikenalpasti sebagai persediaan menghadapi 'Lockdown Bersasar'.

Persiapan tersebut telah berlangsung dari jam 8.00 malam 14 Jun 21 hingga jam 6.00 pagi hari berikutnya. Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Jen Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM turut mengambil kesempatan turun padang bagi menyaksikan anggota-anggota bertugas bersama anggota 51 KKKPD, IPD Labuan dan lain-lain agensi mendirikan SJR dan Full Barricade.

Selaras dengan pelaksanaan PKPDB tersebut, PU Labuan turut sama terlibat dalam membantu pihak PDRM dalam penguatkuasaan SJR. Seramai 65 orang anggota PU Labuan telah diatur gerak dalam Op Penawar bagi PKPDB pada kali ini iaitu penglibatan teramai sejak PKP dilaksanakan pada bulan Mac 2020 lalu.