PELAKSANAAN PEMERIKSAAN DOKUMEN PERIBADI DAN BUTIRAN PERIBADI ANGGOTA DI DALAM HRMIS ATM KE ATAS PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 4 5
6 2 3

 

GONG KEDAK, 11 Ogos 22 - Bahagian Sumber Manusia, Seksyen Rekod & Pangkalan Data telah melaksanakan Pemeriksaan Dokumen Peribadi dan Butiran Peribadi Anggota di dalam HRMIS ATM ke atas Pangkalan Udara Gong Kedak dari 9 hingga 11 Ogos 22. Pemeriksaan selama tiga (3) hari ini diadakan bertujuan untuk memastikan Dokumen Peribadi dan Butiran Peribadi anggota di dalam HRMIS ATM adalah tepat, dikemaskini serta dapat digunakan sepenuhnya dalam perancangan dan pengurusan Sumber Manusia TUDM.

Seperti yang telah sedia maklum, Bahagian ini sentiasa merujuk dan mengguna pakai sistem ini di dalam melaksanakan perancangan dan pengurusan sumber manusia TUDM. Ini adalah bagi memastikan perancangan kerjaya, penugasan dan penempatan setiap pegawai dan anggota LLP yang dirancang sentiasa teratur dan memenuhi keperluan yang digariskan.

Dalam usaha memastikan perkara ini mencapai objektif yang ditetapkan, penguatkuasaan penggunaan aplikasi HRMIS ATM di setiap peringkat Markas/Pangkalan/Unit TUDM hendaklah dilaksanakan secara optimum kerana keberkesanan sistem ini banyak bergantung kepada data-data sumber manusia yang lengkap, dikemaskini dan tersusun.

Tim Pemeriksaan ini diketuai oleh Kapt Muhammad Nasiruddin bin Mat Amin TUDM dan turut disertai bersama 4 x anggota LLP daripada Seksyen Rekod & Pangkalan Data sebagai pemeriksa. Pemeriksaan ini diakhiri dengan Taklimat Balas Pemeriksaan Dokumen dan HRMIS ATM kepada pihak pangkalan yang disampaikan oleh Ketua Tim yang dihadiri oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan, Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM. Pada sesi taklimat tersebut dibentangkan hasil penemuan, pemerhatian, beberapa teguran dan cadangan bagi penambahbaikan yang boleh diambil oleh pasukan di masa hadapan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer