PANGKALAN UDARA KUANTAN BERJAYA MELAKSANAKAN PROGRAM CIMIC 24

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

KUANTAN, 18 Nov 24 – Pangkalan Udara Kuantan berjaya melaksanakan Program CIMIC (Civil Military Cooperation) sebagai sebahagian daripada inisiatif Pelan Strategik MINDEF 2024–2025 di bawah Teras Empat: Pengukuhan Kerjasama Tentera dan Awam. Program ini bertujuan memupuk hubungan strategik bersama masyarakat komuniti, bertempat di Masjid Kg Jaya Gading, Kuantan, Pahang.

Program tahunan ini melibatkan penyertaan 200 anggota tentera dan 50 penduduk komuniti Kg Jaya Gading. Aktiviti CIMIC yang dijalankan merangkumi kerja-kerja pembersihan persekitaran dalam dan luar masjid, termasuk tanah perkuburan Kg Jaya Gading. Selain itu, pihak 815 RSAT turut menawarkan saringan kesihatan percuma kepada penduduk setempat. Program ini juga disokong oleh badan bukan kerajaan “MyFundAction” yang menyumbangkan 50 kotak rezeki ummah kepada keluarga yang memerlukan.

Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM, turut hadir dan menegaskan bahawa program seperti ini perlu diteruskan untuk memperkukuh hubungan baik serta jalinan kerjasama antara tentera dan rakyat. Beliau menekankan bahawa komitmen ATM, khususnya TUDM, untuk membantu rakyat dalam apa jua situasi membuktikan peranan tentera sebagai sebahagian daripada komuniti.

Objektif utama program ini adalah untuk mempereratkan kerjasama antara tentera dan masyarakat setempat, di samping meningkatkan penglibatan komuniti dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara. Inisiatif CIMIC yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia juga berperanan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, menjadikan usaha mempertahankan negara sebagai tanggungjawab bersama.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer