SHAH ALAM, 27 April 21 - Pameran khas Projek Rapid Tools Finder (RTF) telah diadakan di Air Movement, Pangkalan Udara Subang (AMS) oleh Tim Jejak Samudera dari No 16 Skuadron yang diketuai oleh Kapt Mohd Kaswadi bin Mansor TUDM dan dibantu oleh Kapt Eddy Hiew TUDM bersama tujuh lagi ahli tim yang lain. Pameran ini khas diadakan bertujuan untuk menunjukkan tahap ketersediaan dan pengkomersialan projek kepada warga ATM yang berkunjung di AMS.
Projek RTF telah tersenarai di dalam Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penambahbaikan bagi Konvensyen KIK TUDM Tahun 2021 bersama enam lagi kumpulan daripada PUSPEKA, No 12 Skuadron, INSTAR, PU Labuan, PLTT Angkut dan Skuadron 215 HANDAU.
Projek RTF dibangunkan secara in house oleh Tim Jejak Samudera yang menggunakan Arduino Uno R3 bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan kesukaran pencarian alatan di Tool Store dan permasalahan pengeluaran alatan tanpa kebenaran. Dengan hanya mengunakan inovasi ke arah Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) yang ringkas ini, projek RTF mampu mengesan lokasi alatan dengan cepat, tepat dan berkesan. Disamping dapat mengelakkan pengeluaran alatan tanpa kebenaran dengan integrasi locking system pada projek RTF. AKS Kejuruteraan, Mej Jen Ir. Mohamad Razip bin A. Samad TUDM yang berkunjung ke pameran khas telah berkongsi dan berbincang berkenaan projek RTF dan memuji usaha yang telah dilaksanakan oleh warga No 16 Skuadron.
Turut hadir berkunjung memeriahkan lagi pameran khas ini adalah AKS Materiel; Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM, Pengarah KOMLEK; Kol Mohd Hakimi bin Mohd Anuar TUDM, Pengarah Belanjawan; Kol Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM dan Pegawai Inovasi TUDM, Mej Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM. Turut hadir pegawai dan anggota dari perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Seluruh warga Pangkalan Udara Subang yang datang berkunjung berbangga dan mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada Tim Jejak Samudera bagi Konvensyen KIK TUDM Tahun 2021.