OP MURNI: KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG MEMBUAT TINJAUAN UDARA DAN MENZAHIRKAN KEPRIHATINAN MENYANTUNI RAKYAT YANG TERJEJAS BANJIR

268617202 280692034102271 3444563633046936755 n 269262327 280692074102267 716129848193611586 n 269812320 280692060768935 6996785071820357842 n

 

JERANTUT, 22 Dis 21 - Penugasan Op Murni TUDM diteruskan oleh TUDM dengan penugasan helikopter EC 725 AP membawa delegasi KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke kawasan yang terjejas dengan bencana banjir di daerah Jerantut dan kawasan Lanchang.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga telah menyantuni mangsa-mangsa banjir di 15 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Jerantut dan kawasan Lanchang yang terjejas. Baginda turut menyerahkan bantuan sumbangan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban keluarga mangsa banjir di daerah dan kawasan tersebut.

Baginda turut membuat tinjauan dari udara kawasan banjir yang terjejas. Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Komander Pesawat, Mej Nazrul Nizam bin Ismail TUDM dan dibantu oleh Juruterbang, Kapt Aslam Hariri bin Abdul Rashid TUDM serta Kuartermaster Udara, FSjn Suhaimi bin Othman.
Misi Op Murni diteruskan demi kesejahteraan rakyat ketika negara dilanda banjir kali ini dan TUDM sentiasa menyokong usaha bersepadu semua pihak. Penghargaan dan terima kasih kepada semua anak kapal pesawat serta semua pihak yang turut terlibat membantu secara langsung atau secara tidak langsung.