LANCANG, 21 Dis 21- Penugasan Op Murni TUDM diteruskan lagi pada hari ini melibatkan penerbangan Medical Evacuation (MEDEVAC) di kawasan Temerloh yang mana turut dilanda banjir dan banyak jalan darat yang terputus hubungan.
Seramai 4 orang pesakit dari SK Lubuk Terua dan SK Desa Bakti telah diterbangkan oleh pesawat EC 725 AP dari No. 10 Skn bagi mendapatkan rawatan Hemodialisis di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Pesakit yang terlibat telah diterbangkan dari 2 kawasan yang terlibat ke padang kawad Kolej Perisikan ATM dan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah menggunakan ambulans.
Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Komander Pesawat, Mej Noor Khairul bin Kamarudin TUDM dan dibantu oleh Juruterbang, Kapt Rozaini bin Abdul Mutalib TUDM serta Kuartermaster Udara, Sjn U Ammar.