KUCHING, 6 Jul 22 – Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM telah merasmikan Minggu Keselamatan Pangkalan yang bermula 6 Jul hingga 8 Jul 22 bagi tahun ini.
Aktiviti tahunan ini dimulakan dengan ceramah keselamatan oleh penceramah jemputan iaitu dari PUSPAKOM dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kesedaran serta menyampaikan maklumat baru yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan kesihatan kepada pegawai serta anggota.
Antara aktiviti lain yang diadakan adalah mini fire fighter challenge, dimana setiap cawangan dan skuadron menghantar lima orang wakil untuk melaksanakan disiplin asas bomba. Larian 10km challange turut dilaksanakan pada hari penutup minggu keselamatan.
Selain itu Komander Pangkalan turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan poster lukisan, poster digital dan juga video keselamatan. Di akhir majlis, komander pangkalan memberi peringatan kepada semua peringkat anggota bahawa kepentingan keselamatan bukan hanya dipraktikan pada Minggu Keselamatan Pangkalan sahaja, tetapi ia perlu dipraktikan setiap masa sama ada di tempat kerja, rumah keluarga atau tempat awam. Ia perlu dijadikan sebagai budaya dan gaya hidup harian.