MINGGU KESEDARAN KESIHATAN SKUADRON 330 TUDM

IMG 5467 IMG 5495 IMG 5551
IMG 5575 IMG 5635 IMG 5673

 

KOTA SAMARAHAN, 9 Jun 22 - Minggu Kesedaran Kesihatan Skn 330 ini adalah inisiatif PPAT Skn 330 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke 64. Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang tiga hari program ini berlangsung. Program yang diadakan dari 7 Jun sehingga 9 Jun 22 ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Skn 330, Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia@Yahaya TUDM yang dilaksanakan di Dewan Serbaguna Skn 330 dan melibatkan seluruh warga Skn 330.

Pada hari pertama program dimulakan dengan program derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Hospital Umum Sarawak dan aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di antara TUDM dan staf kesihatan awam.

Pada hari kedua program, pihak PPAT Skn 330 telah menjemput PS1 Akaun Gaji ATM, Lt Kol Lutpi Taufik bin Che Mat Min bagi memberikan taklimat “Pengurusan Gaji dan Elaun”. Seterusnya majlis diteruskan dengan taklimat “Pengurusan Emosi di Tempat Kerja” yang disampaikan oleh PS 1 Agama Markas 1 Div, Mej Mohd Fami bin Mohd Said dan disebelah petang pula diadakan taklimat serta demokrasi kebakaran dan kecemasan oleh Flait Bomba Skn 330.

Hari ketiga program dimulakan dengan taklimat pergigian yang diberikan oleh PGAT Kem Semenggo. Seterusnya acara kemuncak bagi Minggu Kesedaran Kesihatan Skn 330 pada kali ini adalah Ceramah Awareness and Importance of Mental Health yang disampaikan oleh Pakar Perubatan Psikiatri, Lt Kol (Dr) Faizul Islam bin Mohd Nordin yang dibawa khas dari Hospital Wilayah Kota Kinabalu. Pada sebelah petang aktiviti disambung dengan taklimat dan demonstrasi Basic Life Support yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan 710 PPAT PU Kuching, Kapt (Dr) Zane Azraai bin Mohd Suhaimi dan menjadi pengisian terakhir bagi Minggu Kesihatan Skn 330 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-64 sebelum program dirasmikan penutup oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM.

Semua program yang disusun diadakan khas bagi warga Skn 330 bagi memberi pendedahan serta pengetahuan mengenai pentingnya kesihatan diri serta emosi dalam menjalankan kerja serta kehidupan seharian. Semoga inisiatif pengisian yang telah disusun dapat memberi manfaat kepada semua warga Skn 330.