MESYUARAT PEGAWAI PERKHIDMATAN ANGGOTA SIRI 1 TAHUN 2023

photo1678458806 photo1678458729 1 photo1678458724 1
photo1678458724 photo1678458716 1 photo1678458716

 

SUBANG, 10 Mac 23 – Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan telah menganjurkan Mesyuarat Pegawai Perkhidmatan Anggota Siri 1 Tahun 2023 yang diadakan di Auditorium MUKES, Pangkalan Udara Subang.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan dokumen perkhidmatan pegawai dan anggota secara dialog dua hala di antara Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan dengan Pegawai Perkhidmatan/ Pegawai Tadbir di Markas/ Pangkalan/ Unit TUDM. Selain itu juga, mesyuarat ini turut dijadikan sebagai medium penyampaian dasar dan pengarahan terkini dalam konteks pengurusan dokumen.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah PS 1 Urus LLP, Lt Kol Shahril Anuar bin Mohd Yusof TUDM mewakili Pengarah Pengurusan Sumber Manusia; PS 1 Rekod, Lt Kol Mohd Noradzhar bin Hadzir TUDM; PS 2 Peralihan, Mej Shahrul Azimi bin Abdullah Shami TUDM; PS 3 Urus Pegawai, Kapt Khairul Izwan bin Nawawi TUDM serta Pegawai Perkhidmatan Anggota/ Pegawai Tadbir dari seluruh Markas/ Pangkalan/ Unit TUDM.