MESYUARAT BILATERAL ANTARA PIHAK TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) BERSAMA WASHINGTON AIR NATIONAL GUARD (WA ANG)

IMG 20220901 205018 IMG 20220901 205253
IMG 20220901 204704

 

KUALA LUMPUR, 1 Sep 22 – Pengarah Kerjasama Udara dan Doktrin, MTU- Bahagian Operasi Strategik, Kol Mohmad Safhree bin Sidek TUDM telah mempengerusikan mesyuarat antara pihak TUDM bersama pihak Washington Air National Guard (WA ANG) bertempat di Wisma Perwira ATM.

Secara umumnya TUDM telah menjadi rakan kongsi bersama melalui State Partnership Program (SPP) sejak Ogos 2017. Kerjasama antara dua negara ini telah terhenti sementara berikutan keadaan pandemik COVID-19 menyebabkan sekatan perjalanan yang melanda seluruh dunia. Tetapi usaha ini masih diteruskan walaupun berhubung secara maya.

Mengambil peluang akan keadaan pandemik COVID-19 yang telah reda, pihak delegasi WA ANG membuat lawatan orientasi SPP ke negara yang mempunyai aktiviti bilateral dengan pihak WA ANG. Pihak Office of Defence Cooperation (ODC) dari Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia mewakilI delegasi WA ANG memanjangkan perkara ini kepada MTU-BOS.

Pihak WA ANG mempunyai penglibatan aktiviti yang mantap bersama TUDM. Antara aktiviti yang terlibat adalah 'Joint Terminal Strike', 'Cyber Defense and Air Domain Awareness'. Mesyuarat pada kali ini lebih memfokuskan kepada melebarkan pertukaran bahan untuk pembelajaran atau kearah menambahbaik pengetahuan yang melibatkan 'aerial refueling' dan 'medical exchanges'. Usaha ini mempunyai penglibatan penuh pihak WA ANG di bawah bahagian 141st Air Refueling Wing.

Di akhir sesi mesyuarat, Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat pada kali ini memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada pihak yang terlibat. Selain itu mesyuarat ini menjelaskan bagaimana pihak WA ANG yang berganding dengan pihak US Pacific Air Forces (US PACAF) ini menjalankan aktiviti bilateral dan juga eksesais Bersama TUDM. Beliau juga berharap penglibatan dalam aktiviti bilateral antara dua negara ini dapat dipertingkatkan dan diperluaskan dengan tujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan pendedahan kepada seluruh warga TUDM yang terlibat.