KUANTAN, 15 Sep 22 – Wisma Ahli Udara Pangkalan Udara Kuantan telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Dewan Sri Angkasa.
Ketibaan Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM disambut oleh Pegawai Penjaga Wisma, Mej Abdul Hakim bin Zainal TUDM; Pegawai Penjaga Akaun, Lt M Ahmad Zahin Syakir bin Khiruddin TUDM dan Yang Dipertua Wisma, Kpl U Ariff Yusuff bin Baharudin.
Komander Pangkalan telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Ahli Udara. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan jutaan terima kasih atas sumbangan Ahli Jawatankuasa Wisma Ahli Udara sesi 2021 dan 2022. Beliau juga berharap agar komitmen warga Koperal Ke Bawah sentiasa pada tahap tertinggi dalam menjayakan aktiviti yang dirancang pada peringkat pangkalan mahupun perkhidmatan.
Komander Pangkalan juga telah membuat pelantikan Yang Dipertua Wisma dan Timbalan Yang Dipertua Wisma yang baharu seterusnya membubarkan AJK sesi 2021 dan 2022. Dalam mesyuarat ini menyaksikan Kpl U Abdullah bin Mohd Hasan dari Skn 213 Handau dilantik menjadi YDP Wisma yang baru manakala Kpl U Abdul Aziz bin Md Yusuff dari Skn 401 dilantik menjadi Timbalan YDP Wisma bagi sesi 2022 dan 2023. Agenda mesyuarat diteruskan dengan pembentangan akaun wisma serta pembentangan minit mesyuarat yang lepas.