MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT UDARA PU LABUAN TAHUN 2021

165286109 900493250768967 1899387777411171619 n

LABUAN, 1 Apr 2021– Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Udara PU Labuan Tahun 2021 telah dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT Udara PU Labuan, Puan Maznah bt Haji Johari bertempat di Dewan Banquet. Mesyuarat Agung Tahunan ini turut dihadiri Penasihat BAKAT PU Labuan iaitu Lt Kol Khuzairi bin Mohd Arshad TUDM serta Pegawai Eksekutif Pangkalan. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan Udara Labuan Brig Jen Nur Hafis bin Abd Karim TUDM.

Sebelum memulakan mesyuarat, Pengerusi Bakat Pangkalan mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan di atas kerjasama dan sokongan semua ahli BAKAT dalam aktiviti yang dijalankan pada tahun 2020.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini juga turut mengambil kira perancangan aktiviti yang perlu dilaksanakan secara norma baharu mendepani cabaran Covid-19 selain mematuhi prosedur operasi tetap (SOP) pencegahan virus tersebut.

Sebelum melabuhkan tirai, Pengerusi BAKAT Pangkalan sekali lagi menzahirkan rasa terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang sudi melapangkan waktu untuk hadir dan berharap agar aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan berkesan.