LABUAN, 24 Mac 24 – Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Pangkalan Udara Labuan bagi Tahun 2024 telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Hj Muhammad Taha Bin Hamdan TUDM bertempat di Dewan Banquet Pangkalan Udara Labuan dan dihadiri seramai 205 orang ahli BAKAT. Turut hadir majlis perasmian tersebut adalah Lt Kol Hasma Hisham TUDM, Pegawai Penasihat BAKAT Pangkalan serta barisan Pegawai Eksekutif Pangkalan.
Mesyuarat Agung BAKAT yang bermula pada jam 8 pagi ini telah dipengerusikan oleh Puan Hjh Melati binti Hj Omar selaku Pengerusi BAKAT PU Labuan. Antara agenda mesyuarat ini adalah tayangan montaj aktiviti sepanjang tahun 2023, mengesahkan minit mesyuarat tahun 2023, pembentangan aktiviti sepanjang sesi 2023/2024 dan pembentangan kewangan.
Mesyuarat diteruskan lagi dengan Pembubaran Ketua Biro bagi Sesi 2023/2024, Perlantikan Ketua Biro dan AJK yang akan menjadi tonggak BAKAT PU Labuan bagi sesi 2024/2025. Perancangan aktiviti setiap biro turut dibentangkan dan ahli-ahli BAKAT yang hadir juga diberi peluang untuk mencadangkan aktiviti yang ingin diadakan pada tahun ini.
Seterusnya, Pengerusi BAKAT PU Labuan telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada barisan Ketua-Ketua Biro dan AJK sesi 2023/2024
di atas kecemerlangan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang memegang jawatan pada tahun tersebut.
Di akhir majlis ini telah berlangsung acara bergambar bersama semua ahli BAKAT yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT PU Labuan bagi Tahun 2024.