GONG KEDAK, 9 Mac 24 - Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak bagi tahun 2024 telah diadakan di Dewan Puteri, PU Gong Kedak pada 9 Mac 24 yang dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM dan turut dihadiri barisan Eksekutif Pangkalan serta penyertaan seramai 480 ahli BAKAT.
Antara intipati ucapan perasmian oleh Komander Pangkalan adalah mengharapkan supaya ahli BAKAT sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan serta mengharapkan BAKAT PU Gong Kedak sentiasa dalam keadaan harmoni tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama bagi memastikan kebajikan semua ahli BAKAT terpelihara dan terbela. Komander Pangkalan juga turut menyempurnakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua Ketua Biro BAKAT PU Gong Kedak bagi sesi 2023.
Seterusnya, mesyuarat telah dipengerusikan oleh isteri Komander Pangkalan, Mej Tytin Sabrina binti Mustafa TUDM iaitu Pengerusi BAKAT PU Gong Kedak. Selain mengesahkan dan membincangkan perkara berbangkit mesyuarat yang lepas, antara agenda adalah pembentangan laporan kewangan 2023 oleh Bendahari BAKAT, pembentangan perancangan aktiviti-aktiviti BAKAT bagi tahun 2024 dan perlantikan Ketua Biro bagi sesi 2024. Mesyuarat juga disusuli dengan acara penyampaian sumbangan kepada keluarga anggota yang menghidap penyakit kronik dan OKU. Tahniah diucapkan kepada semua ahli BAKAT PU Gong Kedak yang memberikan kerjasama tidak berbelah bahagi untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT tahun 2024 ini.