KINRARA, 10 Apr 21 - Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT INSMAT TUDM Kinrara yang diadakan di Auditorium INSMAT TUDM Kinrara telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM. Majlis yang dianjurkan dengan penerapan sop norma baharu turut disiarkan secara maya menggunakan aplikasi Google Meet bagi membolehkan ahli-ahli BAKAT yang tidak hadir di dewan auditorium turut serta dalam mesyuarat. Majlis tersebut juga meraikan ahli-ahli jawatankuasa BAKAT yang suaminya bertukar keluar atau tamat perkhidmatan. Pegawai Memerintah dalam ucapan perasmian beliau turut mengingatkan ahli-ahli BAKAT INSMAT supaya menumpukan aktiviti-aktiviti kebajikan sejajar dengan tujuan asal penubuhan organisasi tersebut.