MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT AKADEMI TENTERA UDARA TAHUN 2021

WhatsApp Image 2021 04 13 at 41502 PM 1 WhatsApp Image 2021 04 13 at 41503 PM WhatsApp Image 2021 04 13 at 41503 PM 1

 

IPOH, 10 Apr 21 – Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM telah menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAKAT Tahun 2021 bertempat di Dewan Rajawali, ATU Ipoh.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Mazilawati binti Musa selaku Pengerusi BAKAT Akademi Tentera Udara .

Turut diadakan di dalam majlis ini adalah penyampaian Sijil Penghargaan BAKAT kepada AJK & AJKK BAKAT Sesi 2020/2021 yang telah memberikan sokongan yang jitu dalam aktiviti-aktiviti BAKAT ATU Ipoh. Selain itu, Anugerah Ahli BAKAT Aktif juga turut disampaikan oleh Pengerusi BAKAT ATU Ipoh.

Mesyuarat pada kali ini juga turut membincangkan mengenai perlantikan Ketua Biro, AJK dan AJKK bagi Sesi 2021/2022, Pembentangan Laporan Kewangan 2020 dan Perancangan Aktiviti BAKAT 2021 serta perbincangan usul-usul daripada ahli BAKAT yang hadir.