MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT AKADEMI TENTERA UDARA

IMG 20220423 210047 177 IMG 20220423 210049 886 IMG 20220423 210054 934
IMG 20220423 210101 712 IMG 20220423 210109 668

 

IPOH, 23 Apr 22 - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAKAT Akademi Tentera Udara (ATU) bagi tahun 2022 telah dirasmikan oleh Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Junairi bin Baharom TUDM bertempat di Dewan Rajawali, ATU. Turut menghadiri majlis perasmian tersebut adalah Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Zakeman bin Abdul Ghani TUDM selaku Penasihat BAKAT ATU serta Pengerusi BAKAT ATU, Puan Salmiah binti Saud.

Mesyuarat yang dimulakan pada jam 0845 diteruskan oleh Penasihat dan Pengerusi BAKAT dengan pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari seterusnya pembentangan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2021 dan perancangan aktiviti bagi tahun 2022 oleh Ketua-ketua BIRO.

Turut diadakan di dalam majlis ini adalah perlantikan Ketua-ketua BIRO, AJK dan AJKK bagi Sesi 2022/2023, Majlis Serah Terima Tugas bagi Ketua-ketua BIRO yang telah bertukar keluar dan yang baharu dilantik.

Selain itu, penyampaian Sijil Penghargaan BAKAT kepada AJK & AJKK BAKAT Sesi 2021/2022 yang telah memberikan sokongan yang jitu dalam aktiviti-aktiviti BAKAT ATU Ipoh.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Salmiah binti Saud selaku Pengerusi BAKAT Akademi Tentera Udara, Ipoh dan dihadiri oleh ahli BAKAT seramai 172 orang yang terdiri daripada isteri-isteri Pegawai dan anggota LLP.