KUCHING, 8 Feb 23 – Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Pangkalan Udara Kuching bagi Tahun 2024 yang diadakan di Dewan Sri Angkasa, PU Kuching telah dirasmikan oleh Komander PU Kuching, Kol Baharin bin Mohamad TUDM. Turut hadir semasa majlis perasmian tersebut adalah Pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua-ketua Cawangan. Komander Pangkalan dalam ucapan perasmiannya menekankan tentang kepentingan penglibatan ahli BAKAT di dalam setiap program yang dianjurkan di mana ianya bertujuan untuk membentuk satu jalinan institusi kekeluargaan yang saling melengkapi dan membantu di antara satu sama lain.
Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli BAKAT PU Kuching yang telah berusaha sedaya upaya untuk hadir dalam Mesyuarat tersebut walaupun ada yang datang jauh dari semenanjung Malaysia. Namun terbukti ianya bukanlah satu alasan untuk tidak menghadirkan diri.
Mesyuarat yang dihadiri oleh 345 orang ahli BAKAT PU Kuching itu telah dipengerusikan oleh Puan Rosdiana binti Mat Yakim selaku Pengerusi BAKAT PU Kuching, dalam suasana yang sederhana dan ceria. Mesyuarat telah membincangkan mengenai Pembentangan Kewangan Tahun 2023 dan Perancangan Aktiviti BAKAT Tahun 2024, Perlantikan Ketua Biro, AJK dan AJKK bagi Tahun 2024 serta pembentangan usul daripada ahli-ahli BAKAT yang hadir.
Mesyuarat juga turut mengadakan majlis penyampaian sumbangan kebajikan kepada kepada Anak-Anak Orang Kelainan Upaya (OKU) PU Kuching yang disalurkan oleh Jemaah Bakat Udara. Mesyuarat juga diakhiri dengan acara bergambar bersama semua ahli BAKAT dan jamuan makan.