MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) WISMA BINTARA PANGKALAN UDARA SENDAYAN

WhatsApp Image 2023 02 08 at 143632 1 WhatsApp Image 2023 02 08 at 143629 WhatsApp Image 2023 02 08 at 143630
WhatsApp Image 2023 02 08 at 143632 WhatsApp Image 2023 02 08 at 143757 WhatsApp Image 2023 02 08 at 143631

 

SENDAYAN, 7 Feb 23 – Bertempat di Dewan Rajawali Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Bintara Pangakalan Udara Sendayan yang dirasmikan oleh Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Mohd Azhar bin Mohd Yusof TUDM.

Ketibaan Pemangku Komander Pangkalan telah di sambut oleh Pegawai Penjaga Wisma, Mej Mohamad Ruzaini bin Mohamad Rosdi TUDM; Pegawai Penjaga Akaun, Kapt Ilyas bin Abdul Razak TUDM dan President Mess Commitee Wisma Bintara, PW U I Norazri bin Zakaria.

Lt Kol Mohd Azhar bin Mohd Yusof TUDM dalam ucapannya menzahirkan jutaan terima kasih atas sumbangan Ahli Jawatankuasa sesi 2021/2022 dan beliau juga berharap agar komitmen Warga SNCO sentiasa berada di tahap yang tertinggi dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

Seterusnya, beliau turut memaklumkan pelatikan daripada Komander Pangkalan untuk jawatan Chairman Mess Committee Wisma Bintara kepada PW U I Mohd Shaifulaidy bin Ramli manakala Bendahari Wisma Bintara ialah PW U II Mohd Fazrin bin Jasmani dan sekali gus beliau membubarkan AJK sesi 2021/2022.