KUANTAN, 26 Sep 23 – Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan program “MEGA FOD SWEEP” disekitar bangunan Storm Shelter No 6 Skn dan taxiway di antara Storm Shelter No. 6 Skn dan Storm Shelter PULATIBANG III.
Program mega ini bertujuan untuk menggelakkan berlakunya kemalangan pesawat yang disebabkan benda asing atau Foreign Object Debris (FOD) seperti batu dan objek yang boleh merosakkan enjin pesawat. Selain itu juga, aktiviti ini dapat menerapkan budaya pentingnya keselamatan di dalam pangkalan mahupun di luar pangkalan yang perlu diutamakan oleh setiap anggota.
Program ini telah dikoordinasikan oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Mohd Fazley bin Arshad TUDM. Program ini disertai oleh pegawai-pegawai dan anggota LLP setiap skuadron dan cawangan di Pangkalan Udara Kuantan.