MEGA “FOD SWEEP” DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

95d17982 ce90 404c 8b2c c6eb480b1586 494c10c6 e1ee 4a51 995b c69fc0a345f8 1603e1c0 948f 4d4f 87dc d31aec71d556
6f2593bc 21c7 461f 9f1a e06783b1f116 d1065a36 af40 4c34 9a68 014f83378ba8 01a0991f a0f0 40f4 9adf 619d29cc5299
21b680fc b376 4f45 8ad6 1374699c6b76 c38c44eb 6d1c 41e7 b277 c822ef5e8e78 f3aac7f2 746a 4943 85de f1f2fbf2ca66

 

GONG KEDAK, 3 Mac 23 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan program “MEGA FOD SWEEP” disepanjang landasan terbang utama, taxiway, dan laluan ke Tactical Shelter.

Program mega ini bertujuan untuk menggelakkan berlakunya kemalangan pesawat yang disebabkan benda asing atau Foreign Object Debris (FOD) seperti batu dan objek yang boleh merosakkan enjin pesawat. Program ini juga merupakan satu persediaan pangkalan untuk menerima kepulangan pesawat Su-30MKM yang telah ditempatkan sementara di Pangkalan Udara Kuantan kerana kerja-kerja penurapan semula landasan terbang Pangkalan Udara Gong Kedak sebelum ini. Selain itu juga, aktiviti ini dapat menerapkan budaya pentingnya keselamatan di dalam pangkalan mahupun di luar pangkalan yang perlu diutamakan oleh setiap anggota.

Program ini telah dikoordinasikan oleh Kapt Muhammad Afiq Izzudin Bin Kamarudin TUDM daripada No 12 Skuadron. Program turut disertai Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Mazlizan Bin Shaikh Osman TUDM, Eksekutif Pangkalan, Pegawai-pegawai dan Anggota LLP setiap Skuadron dan Cawangan di Pangkalan Udara Gong Kedak.