SENDAYAN, 14 Jul 22 – Bertempat di Pangkalan Udara Sendayan telah berlangsungnya Program Tools Down Day 2022 Peringkat Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) dan unit-unit dibawah naungan MPPLU. Program kali ini, bertemakan Healthy Work Environment, Through “Self-Regulation” Education And Awareness ini turut dilaksanakan di Kolej Tentera Udara, Akademi Tentera Udara, Institut Pengurusan Ruang Angkasa, Institut Materiel dan SLTT.
Sepanjang perlaksanaan Program Tools Down Day, semua latihan yang melibatkan penerbangan dan darat akan dihentikan bagi memberi laluan kepada pangkalan/unit untuk melaksanakan kempen keselamatan dengan penglibatan secara maksimum oleh unit-unit dibawah naungan MPPLU.
Tools Down Day ini merupakan satu inisiatif bagi mengutarakan keprihatinan pucuk pimpinan tertinggi TUDM terhadap kemalangan aset-aset TUDM yang berkemungkinan turut berpunca daripada kecuaian manusia. Program ini turut mendapat kerjasama dan penyertaan daripada agensi-agensi luar TUDM seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Polis Di Raja Malaysia serta lain-lain agensi yang berkaitan.
Program yang dilaksanakan secara serentak di seluruh pangkalan/unit bawah naungan MPPLU ini telah dirasmikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM, di PU Sendayan hari ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
1. KTU
(a) Program Induksi SRM.
(b) Mega FOD Sweep.
(c) Ceramah Kesihatan bertajuk Monkey Pox.
2. PU Sendayan
(a) Ceramah dan Pameran JPJ.
(b) Ceramah dan Pameran JAS.
(c) Ceramah AADK.
3. ATU
(a) Ceramah Anti Dadah.
(b) Ceramah Anti Kebakaran.
(c) Gotong Royong Perdana.
4. INSPRA
(a) Perasmian One Stop Centre(OSC).
(b) Ceramah Kesihatan.
5. INSMAT
(a) Ceramah Salah Guna Dan Jenayah Dadah oleh AADK.
(b) Perkongsian Kes-kes Salah Laku di dalam TUDM oleh CPM.
6. SLTT
(a) Pemeriksaan Lesen Kenderaan dan Cukai Jalan.
(b) Pemeriksaan Kenderaan oleh TPPS.
(c) Open Day TATADEMOT oleh PPAT.
Dalam ucapan perasmian PPLU, beliau berharap agar program ini dapat memupuk dan menerapkan budaya kesedaran keselamatan di kalangan warga TUDM. Budaya ini bukanlah hanya tertumpu kepada sesetengah pihak, malah ianya adalah tanggungjawab bersama. Dalam era kemodenan dan teknologi kini, faktor keselamatan adalah menjadi tunggak utama bagi setiap sektor, khususnya sektor pertahanan.
Amatlah penting agar semua warga TUDM dapat bersama-sama menggembleng tenaga dan mendukung hasrat pucuk pimpinan TUDM untuk mengutamakan keselamatan sebagai satu budaya dalam kalangan warga TUDM. Program seumpama ini perlu menjadi aktiviti berterusan di dalam organisasi bagi menjamin tahap kesedaran di dalam aspek keselamatan di tempat kerja, di rumah serta di jalan raya sentiasa berada di tahap yang terbaik.
Program Tools Down Day ini turut dihadiri oleh Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM, semua Komander Pangkalan, Komandan, dan Pegawai Memerintah, pegawai-pegawai dan anggota di pangkalan/unit masing-masing.