KUALA LUMPUR, 4 Ogos 23 - Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah menganjurkan Mesyuarat ke-36 Tim Perancang Operasi Udara (TPOU) MALINDO bermula 1 hingga 4 Ogos bertempat di Eastin Hotel, Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM, Ketua Staf MPOU selaku Ketua TPOU Malaysia dan Yth Marsekal Pertama Suliono S.Sos, Timbalan Asistan Operasi (Waasop) Kasau selaku Ketua TPOU Indonesia. Mesyuarat ini dihadiri oleh kedua-dua delegasi terdiri daripada 10 ahli TUDM dan 10 ahli TNI AU dari pelbagai bahagian operasi kedua dua Angkatan Udara.
Mesyuarat yang berlangsung dengan jaya ini bertujuan membincangkan dan merancang Operasi Bersama yang telah, sedang dan akan dilaksanakan. Rondaan Udara Bersama Terkoordinasi (Patkor) dan Pertahanan Udara Bersama Terkoordinasi (Hanud) merupakan Operasi Bersama yang wujud sejak tahun 1984 melalui pengarahan Coordinated Operation Control Committee (COCC) kepada TPOU.
Perlaksanaan mesyuarat pada kali ini juga telah berlaku dengan penuh kemesraan persaudaraan serumpun dan hormat menghormati. Sebagai tuan rumah pada kali ini, TUDM khasnya MPOU amat menghargai kehadiran dari pihak TNI-AU dan segala bantuan serta sokongan dari pelbagai bahagian diperingkat MTU, MPOU, Mawilud dan Skuadron.