![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 2 Mei 25 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang bertempat Masjid Ar-Raudhah Pangkalan Udara Gong Kedak sempena Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition 2025 (LIMA ’25) dan Pemeriksaan Audit Tahunan MTU-Inspektorat. Majlis diadakan bertujuan untuk memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah SWT yang Maha Agong agar para Pegawai dan anggota LLP yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan berjalan dengan lancar.
Seluruh warga Pangkalan Udara Gong Kedak mendoakan semoga fasa persediaan bagi menghadapi Audit Tahunan MTU-Inspektorat berjalan dengan lancar, dipermudahkan dan dikurniakan keselamatan, kesejahteraan serta kejayaan kepada semua pihak yang terlibat. Majlis ini dihadiri oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM, Pegawai Eksekutif, Pegawai-pegawai dan anggota LLP Pangkalan Udara Gong Kedak.