KUALA LUMPUR, 12 Mac 24 - Pengarah Perkhidmatan MTU, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas PS 1 Dasar di Pusat Rekod dan Arkib TUDM, hari ini.
Majlis dimulakan dengan Serah Terima Tugas PS 1 Dasar melibatkan Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM dan Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM. Simbolik kesemua acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan pertukaran nota tersebut.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di MTU-Perkhidmatan dan selamat bertugas kepada Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM yang baru bertukar masuk.