![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 23 Jan 26 – Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mej Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sistem Kejuruteraan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Nuri, Markas Tentera Udara.
Dalam majlis ini menyaksikan Kol Rizam bin Ibrahim TUDM telah menyerahkan tugas Pengarah Sistem Kejuruteraan kepada Kol Ts. Md Hanafiah bin Yaacob TUDM.
Seluruh warga MTU-Kejuruteraan mengucapkan terima kasih kepada Kol Rizam bin Ibrahim TUDM di atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Kol Ts. Md Hanafiah bin Yaacob TUDM di atas pelantikan sebagai Pengarah Sistem Kejuruteraan yang Baharu.







